Sunday, 16 December 2012

Buang yang keruh ..Ambil yang jernih..Buka lembaran baru sebagai seorang Muslim sejati

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. Maka bertaubatlah sebelum terlambat.. Kerana Allah sayangkan HambaNya.. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.. Manusia sentiasa leka dan lalai dengan kehidupan duniawi yang penuh dengan pancaroba.. Manusia mudah tergoda dan mudah terhasut dengan godaan syaitan.. Jauhilah daripada itu semua.. Tingkatkan keimanan dalam diri kita dengan mendekatkan diri kepada Allah setiap masa tidak kira di mana jua.. Bertaubatlah selagi ada waktu.. Bertaubatlah selagi masih hidup.. Perbaikilah diri agar menjadi yang lebih baik. Jauhi perbuatan keji dekati perbuatan mulia. Insyallah,segala usaha kita untuk berubah ke jalan Allah pasti akan dipermudahkan. Setiap manusia pasti ada yang melakukan kesilapan dan kesalahan.. Cuma kesalahan yang dilakukan itu sama ada kecil mahupun besar.. tidak kiralah sebesar mana pun salah kita itu.. maka kita wajib berhenti daripada melakukan kesalahan itu lagi..Segera bertaubat.. Bertekad .. berazam agar tidak mengulanginya lagi... Muhasabah diri kita ini agar menjadi lebih baik.. Allah amat sayang akan hambaNya yang betul2 ingin berubah dan bertaubat ke jalan benar. Insyallah pasti ada jalan yang mudah untuk kita.. Amin... p/s : Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

No comments:

Post a Comment